Posts

Showing posts from July, 2014

Peranan Hati Dalam Kehidupan kita: Hati Baik atau Buruk?

Image
Hati bermaksud berbolak balik dan berubah-ubah.Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. Ia sememangnya tidak tetap dan lumrah sifat penciptaanya. la juga memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian.Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut: Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah baha

Ibnu Hazm: Ulama Fiqh yang menghasilkan buku puisi cinta.

Image
Riwayat Hidup Ibn Hazm atau nama sebenarnya Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Sa’id ibn Hazm dilahirkan pada tahun 384 Hijrah/ 7 November 994 Masihi di Cordova, Sepanyol. Asal usul keturunan beliau adalah dari Parsi tetapi ada juga bukti dari ulama' bahawa beliau berasal dari keluarga Kristian Liberian di Manta Lisham berhampiran Seleva, Sepanyol. Beliau dikatakan berasal dari golongan yang kaya kerana ayah beliau, Ahmad ibn Sa’id seorang penasihat yang tinggi di mahkamah Khalifah Hisham II, Khalifah Cordova yang ketiga di dalam dinasti Umaiyah. Pada waktu kecil, beliau tinggal di istana yang mewah, istana tersebut terbahagi kepada dua yakni tempat khas lelaki dan wanita, boleh dikatakan diantara kedua-dua tempat ini amat berasingan dan tiada sambungan untuk masuk antara dua bahagian ini. Ibarat pepatah melayu " ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari" begitulah juga nasib yang menimpa Ibn Hazm, ketika beliau berumur 15 tahun keluarganya ditimpa m

Keberanian Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Image
Telah dikeluarkan oleh Al-Bazar r.a. sesungguhnya Ali r.a, telah berkata " Wahai Kaum Muslimin! Beritahulah kepadaku siapakah manusia yang paling manusia?" Mereka pun menjawab: " Kamu Amirul Mukminin." Ali r.a pun menafikan dakwaan sahabat-sahabatnya dengan berkata: " (Tidak, bukannya aku) Adapun aku hanya akan menewaskan orang yang berhadapan denganku dengan tujuan untuk menentangiku. Akan tetapi khabarkanlah kepadaku mengenai orang yang paling berani?" Mereka menjawab: " kami tidak mengetahuinya. Maka siapakah orang itu?" Ali r.a menjawab: Orang yang paling berani adalah Abu Bakar r.a. Pada hari peperangan Badar, kami telah mempersiapkan tempat teduhan untuk Rasulullah s.a.w. Kami talah bertanya sesame sendiri: " Siapakah yang akan berada disisi Rasulullah s.a.w. agar beliau dapat melindungi baginda s.a.w. dari ancaman orang-orang musyrikin? Maka demi Allah, tidak seorangpun yang menghampiri baginda s.a.w. melainkan Abu Bakar r.a. ya

Pengajaran Surah Al-Isra' ayat 23-24

Image
Menurut Al-Quran Ibu Bapa mempunyai hak mutlak ke atas anaknya, apa sahaja yang dikatakannya adalah arahan yang wajib dipatuhi selagi ianya tidak menyalahi syarak. Firman Allah: Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 

Mu'az Bin Jabal: Pemimpin Para Ulama'

Image
Riwayat Hidup Nama lengkap Mu’az bin Jabal bin Amr bin Aus Al-Ansari Al-khazraji, kebiasaan dipanggil Abu Abdul Rahman. Dilahirkan 20 tahun sebelum hijrah. Ini bermakna beliau lahir pada 602 Masihi dan umur Rasulullah pada tahun kelahiran beliau 33 tahun.  Dia turut serta dalam perjanjian Aqabah II. Beliau merupakan salah seorang dari 6 sahabat yang menghafal Al-Quran pada zaman Nabi. Dia turut serta dalam peperangan badar dan peperangan yang lain. Personaliti Mu’az Beliau adalah seorang sahabat yang terkenal dengan kecerdasan, otak dan fikiran yang cemerlang, manis tutur katanya. Kebiasaan beliau tidak banyak bercakap kecuali jika ditanya. Ketika bercakap lisannya memukau para pendengar. Beliau adalah seorang sahabat yang berwibawa, seorang yang dermawan, mempunyai budi pekerti yang baik dan berwajah tampan. Kepintaran Mu’az Nabi Muhammad s.a.w pernah mengutusnya ke Yaman sebagai hakim dan guru bagi penduduk setempat. Rasulullah mengatakan dalam sepucuk surat yang

Hadis 1: Rambut Rasulullah

Image
Anas bin Malik berkata: ” Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya “ (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Nasai) Note : Hadis ini diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dari Ismail bin Ibrahim, daripada Ismail bin Ibrahim, daripada Humaid daripada Anas Bin Malik. Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Solat VS Azab Allah: Pilihan kita?

Image
Assalamualaikum w.b.t…. Solat yang seperti kita tahu adalah rukun kedua selepas kita melafazkan kalimah syahadah. Solat ini adalah amalan yang paling wajib kita tunaikan didalam seharian hidup kita kerana amalan yang mula sekali dihisab adalah solat. Ibarat rutin kita makan setiap hari, sekiranya xmakan satu hari agak2 kita akan rasa seronok atau rasa xselesa? jawapannya pasti xselesa…begitu juga dengan solat,kerana solat itu adalah makanan kepada jiwa kita . Hanya orang yang punya hati yang lalai akan rasa selesa walhal jiwa kita akan rasa resah kerana Allah tidak memberikan keberkatan dalam hidup kita. Janji Allah sekiranya kita menjaga solat ada dirakamkan didalam FirmanNYA: Maksudnya: Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Mu'minun: Ayat 9-11) Lihatlah betapa besarnya ganjarannya atas solat yang kita lakukan, kadang2 sola

Dalil Kewajipan Manusia (Bahagian 2)

Image
1. MENTAATI ALLAH DAN RASUL. Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). ( Surah An-Nisa’: Ayat 69) Maksudnya: Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. ( Surah Al-Ahzab: ayat 71) 2. MENJAUHI TIPU DAYA DUNIA DAN SYAITAN. Maksudnya: Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan

Perbezaan Katholik dan Protestan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Agama kristian seperti yang diketahui adalah agama yang kedua terbesar didalam dunia. Dianggarkan penganutnya seramai 900 juta orang. Penempatan agama ini juga terdapat diseluruh dunia tetapi tertumpu di Amerika dan sekitar Eropah. Agama ini mempunyai dua aliran mazhab dimana salah satunya dikenali katholik yakni ajaran asal bagi agama kristian dan yang kedua dikenali sebagai protestan. Disini saya ingin unjurkan kepada sahabat sekalian tentang perbezaan fahaman didalam kedua-dua mazhab ini. Katholik: 1. Mengakui ada tujuh sekramen atau asas iaitu: Pemandian/Baptis Penguatan Ekaristi/ Puji Syukur Kudus Peminyakan Imama Kudus Perkahwinan 2. Mengakui adanya kuasa Paus dan berturutan sehingga kepada pembantunya. 3. Jemaahnya dilarang menggunakan kitab suci, kecuali sudah ditafsirkan oleh gereja. 4. Maria dianggap suci sejajar dengan konsep trinity ( Tuhan Bapa, Jesus, Roh Kudus) 5. Mari

Dakwah Nabi: Surat Nabi kepada Heraclius (Kaisar Rumawi Timur)

Image
Surat Rasulullah kepada Raja Heraclius atau Kaisar Rumawi Timur ini telah dihantar melalui utusan (sahabat) yang bernama Dihyah bin Khalifah Al-Khalby. Kandungan isi surat ini berbunyi: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang, Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, kepada pembesar Rumawi, kesejahteraan kepada orang mengikut jalan Allah. Ada pun daripada itu, maka saya menyeru tuan untuk masuk agama Islam. Jika tuan masuk Islam, beerti menyelamatkan diri tuan dan tuan memperolehi dua pahala, dan jika tuan menolak, maka tuan akan memikul segala dosa rakyat tuan. Wahai Ahlul Kitab, marilah kamu sama berpegang kepada kalimah yang tidak ada perbezaan di antara kita, iaitu kita tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak mempersekutukanNya, dan tidak mengangkat sebahagian dari kita menjadi Tuhan bagi yang lainnya. Apabila mereka berpaling, maka kamu katakanlah kepada mereka, saksikanlah bahawa kami adalah orang yang patuh. Tindak balas dari Raja Heraclius:

Hikmah Turunnya Al-Quran kepada Masyarakat. (Bahagian 1)

Image
Al-Quran telah diturunkan selama 22 tahun kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril bermula di Gua Hira' hinggalah ke Madinah. Sepanjang penurunan Al-Quran atau wahyu, telah banyak hikmah yang telah dilihat asbab daripada penurunan dan bimbingan dari wahyu Al-Quran, antaranya: 1. Pengislahan Aqidah. Al-Quran bukanlah kitab pertama yang diturunkan oleh Allah untuk umat Manusia, sebelum kedatangan Islam manusia terlebih dahulu menerima pelbagai kitab samawi yang kita kenali seperti Zabur  (Nabi Daud a.s), Taurat (Nabi Musa a.s), dan juga Injil (Nabi Isa a.s). Permasalahan yang ada pada kitab-kitab ini ialah ia diturunkan secara terus dan diberikan kepada Rasul sebelumnya untuk diterangkan kepada umatnya. Jadi secara logiknya, sukar untuk umat pada zaman itu untuk memahami semua yang ada di dalam kitab tersebut. Faktor lain yang dapat dilihat di sini ialah penukaran ayat-ayat di dalam kitab-kitab ini yang menyebabkan ajarannya menyimpang dari perkara yang sebenar

Kedatangan Muhammad dalam Kitab Bible.

Image
Bismillah.. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu rahmat bagi umat Islam khususnya dan umat bukan Islam umumnya dimana dengan kedatangan Nabi Muhammad dunia lebih mempelajari bagaimana meniti kepada kehidupan yang lebih baik, muktahir ini seringkali kita lihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikritik dan dihina dengan bermacam-macam tohmahan tanpa ada perasaan kasihan oleh segelintir individu yang beragama kristian contohnya dengan penghasilan filem ” Innocence of Moslem”. Permasalahan yang dihadapi oleh mereka khususnya golongan kristian ini tidak mempercayai akan aspek kenabian dan juga aspek kehidupan yang ada didalam Sirah Nabawiyyah contohnya seperti perkahwinan Nabi, peperangan dan sebagainya. Sebenarnya, mereka yang beragama kristian harus sedar tentang adanya petikan dari ayat-ayat mereka yang menunjukan bahawa kedatangan Muhammad s.a.w itu hadir didalam kitab yang mereka anuti. Dalil: “ Dan Aku ( Jesus) meminta kepada Bapa, maka dia akan mengurniakan kepada kamu