Kedatangan Muhammad dalam Kitab Bible.

Bismillah..

Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu rahmat bagi umat Islam khususnya dan umat bukan Islam umumnya dimana dengan kedatangan Nabi Muhammad dunia lebih mempelajari bagaimana meniti kepada kehidupan yang lebih baik, muktahir ini seringkali kita lihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikritik dan dihina dengan bermacam-macam tohmahan tanpa ada perasaan kasihan oleh segelintir individu yang beragama kristian contohnya dengan penghasilan filem ” Innocence of Moslem”.

Permasalahan yang dihadapi oleh mereka khususnya golongan kristian ini tidak mempercayai akan aspek kenabian dan juga aspek kehidupan yang ada didalam Sirah Nabawiyyah contohnya seperti perkahwinan Nabi, peperangan dan sebagainya. Sebenarnya, mereka yang beragama kristian harus sedar tentang adanya petikan dari ayat-ayat mereka yang menunjukan bahawa kedatangan Muhammad s.a.w itu hadir didalam kitab yang mereka anuti.

Dalil:

Dan Aku ( Jesus) meminta kepada Bapa, maka dia akan mengurniakan kepada kamu penolong yang lain, supaya menyertai kamu selama-lamanya

( Yahya 14:16)

Iaitu Roh Kebenaran, yang dunia ini tidak dapat menyambut oleh sebab ia tidak nampak Dia, dan tiada kenal Dia. Tetapi kamu kenal Dia, kerana ia tinggal beserta dengan kamu, dan ia akan dalam kamu

(Yahya 14: 16)

Katanya: Bertaubatlah kamu kerana kerajaan Syurga sudah dekat. Kerana inilah dia yang dikatakan halnya oleh Nabi Yesaya, suara yang berseru-seru dipadang belantara, sediakanlah jalan Tuhan, luruskan segala lorongnya“.

( Matius 3: 2-3)

Kesinambungan daripada ayat diatas jika kita kaji tentang Al-Quran pula ada menyebutkan tentang turunnya Nabi Muhammad s.a.w dan ingkarnya kaum Yahudi atas kenabian baginda s.a.w.:

Firman Allah:


Maksudnya:

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami tetap beriman”, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik”. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
(Surah Al-Ma’idah: ayat 41)

Disini dapat kita lihat bagaimana Allah berjanji akan memberikan azab atas perbuatan orang- orang yahudi yang tidak mengakui akan kebenaran ajaran Islam dan kenabian baginda. Selain itu juga, agama kristian dan Yahudi bukanlah agama yang perlu didakwahkan oleh mereka untuk disebarkan kepada masyarakat kerana Nabi Isa a.s sendiri menyatakan didalam sabdaannya yang terkandung dalam Kitab Perjanjian Baru yakni Matius:

” Tidaklah aku disuruh kepada orang lain, hanya kepada segala domba yang sesat diantara Bani Israel”
(Matius 15:24) 

Jadi sebenarnya mereka dalam konteks ini telah melanggar pesanan Nabi mereka sendiri. wallahu’alam.

Nota: Tulisan ini adalah hasil bacaan dan pengetahuan. moga mendapat manfaat.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi


LikeTweet

Comments

Popular posts from this blog

Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9

استغفرالله العظيم انه كان غفارا (ASTAGHFIRULOH HAL ADZIM INNAHU KAANA GHOFARARO)

Ilmu pembungkam