Keberanian Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Telah dikeluarkan oleh Al-Bazar r.a. sesungguhnya Ali r.a, telah berkata " Wahai Kaum Muslimin! Beritahulah kepadaku siapakah manusia yang paling manusia?" Mereka pun menjawab: " Kamu Amirul Mukminin." Ali r.a pun menafikan dakwaan sahabat-sahabatnya dengan berkata: " (Tidak, bukannya aku) Adapun aku hanya akan menewaskan orang yang berhadapan denganku dengan tujuan untuk menentangiku. Akan tetapi khabarkanlah kepadaku mengenai orang yang paling berani?" Mereka menjawab: " kami tidak mengetahuinya. Maka siapakah orang itu?" Ali r.a menjawab: Orang yang paling berani adalah Abu Bakar r.a. Pada hari peperangan Badar, kami telah mempersiapkan tempat teduhan untuk Rasulullah s.a.w. Kami talah bertanya sesame sendiri: " Siapakah yang akan berada disisi Rasulullah s.a.w. agar beliau dapat melindungi baginda s.a.w. dari ancaman orang-orang musyrikin? Maka demi Allah, tidak seorangpun yang menghampiri baginda s.a.w. melainkan Abu Bakar r.a. yang memegang pedang terhunus di tempat yang setentang dengan kepala Rasulullah s.a.w. dimana tiada seorang musyrik berani untuk mengancam Rasulullah s.a.w. melainkan beliau akan menghunuskan pedang kepada orang musyrik tersebut. Oleh kerana itu, beliau adalah yang paling berani"


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi


LikeTweet

Comments

Popular posts from this blog

Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9

استغفرالله العظيم انه كان غفارا (ASTAGHFIRULOH HAL ADZIM INNAHU KAANA GHOFARARO)

Ilmu pembungkam