Perbezaan Katholik dan Protestan

Assalamualaikum w.b.t.

Agama kristian seperti yang diketahui adalah agama yang kedua terbesar didalam dunia. Dianggarkan penganutnya seramai 900 juta orang. Penempatan agama ini juga terdapat diseluruh dunia tetapi tertumpu di Amerika dan sekitar Eropah. Agama ini mempunyai dua aliran mazhab dimana salah satunya dikenali katholik yakni ajaran asal bagi agama kristian dan yang kedua dikenali sebagai protestan. Disini saya ingin unjurkan kepada sahabat sekalian tentang perbezaan fahaman didalam kedua-dua mazhab ini.

Katholik:

1. Mengakui ada tujuh sekramen atau asas iaitu:

  • Pemandian/Baptis
  • Penguatan
  • Ekaristi/ Puji Syukur Kudus
  • Peminyakan
  • Imama Kudus
  • Perkahwinan

2. Mengakui adanya kuasa Paus dan berturutan sehingga kepada pembantunya.

3. Jemaahnya dilarang menggunakan kitab suci, kecuali sudah ditafsirkan oleh gereja.

4. Maria dianggap suci sejajar dengan konsep trinity ( Tuhan Bapa, Jesus, Roh Kudus)

5. Maria suci dari dosa

6. Paus dan pengikutnya tidak dibenarkan bernikah.

7.Pihak Gereja akan mengadakan pengampunan atas nama Tuhan (Trinity)

8. Dalam pengamalan, berpegang pada kitab suci dan adat gereja.

Protestan:

Diasaskan oleh Martin Luther[1] (1483-1546)

1. Mengakui hanya dua sekramen iaitu:

  • Pemandian
  • Ekaristi Kudus

2. Tidak mengakui perantaraan dalam segala bentuk peabdian antara manusia dan Tuhan.

3. Anggota jemaahnya bebas memilih dan menafsirkan kitab suci.

4. Maria adalah manusia biasa dan berdosa.

5.Pendita atau rahib boleh berkahwin.

6. Mempercayai mengampunan hanya diberikan Tuhan.

7. Dalam Pengamalan: hanya berpegang pada kitab suci sahaja.

Nota: Tujuan penulisan ini khas kepada bakal da’ie atau pendakwah kerana didalam perjuangan kita sebagai penerus kerja Nabi, kita harus tahu tentang agama lain supaya tidak tertipu oleh dakyah mereka.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi


References

  1. ^ Martin Luther (ms.wikipedia.org)
LikeTweet

Comments

Popular posts from this blog

Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9

استغفرالله العظيم انه كان غفارا (ASTAGHFIRULOH HAL ADZIM INNAHU KAANA GHOFARARO)

Ilmu pembungkam