Ibnu Hazm: Ulama Fiqh yang menghasilkan buku puisi cinta.

Riwayat Hidup

Ibn Hazm atau nama sebenarnya Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Sa’id ibn Hazm dilahirkan pada tahun 384 Hijrah/ 7 November 994 Masihi di Cordova, Sepanyol. Asal usul keturunan beliau adalah dari Parsi tetapi ada juga bukti dari ulama' bahawa beliau berasal dari keluarga Kristian Liberian di Manta Lisham berhampiran Seleva, Sepanyol. Beliau dikatakan berasal dari golongan yang kaya kerana ayah beliau, Ahmad ibn Sa’id seorang penasihat yang tinggi di mahkamah Khalifah Hisham II, Khalifah Cordova yang ketiga di dalam dinasti Umaiyah. Pada waktu kecil, beliau tinggal di istana yang mewah, istana tersebut terbahagi kepada dua yakni tempat khas lelaki dan wanita, boleh dikatakan diantara kedua-dua tempat ini amat berasingan dan tiada sambungan untuk masuk antara dua bahagian ini. Ibarat pepatah melayu " ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari" begitulah juga nasib yang menimpa Ibn Hazm, ketika beliau berumur 15 tahun keluarganya ditimpa malang. Bapanya telah menjadi mangsa rebutan kuasa didalam pemerintahan bani Umaiyah yang memerintah Sepanyol ketika itu. Ia tidak berakhir disitu malahan rumah keluarga beliau di Balat Mughith musnah ketika berlaku pertempuran berdarah di antara orang-orang Arab dan Berber.

Perjalanan Ilmu

Ibnu Hazm mendapat pendidikan pertama beliau dari wanita-wanita istana yang mengajar beliau membaca dan menghafal Al-Quran. Selain itu juga beliau belajar menulis dan membentuk tulisan cantik Ketika meningkat remaja, ia mulai mempelajari ilmu fiqh dan hadis dari gurunya yang bernama Husain bin Ali al-Farisi dan Ahmad bin Muhammad bin Jasur. Ketika dewasa, ia mempelajari bidang ilmu lainnya, seperti filsafat, bahasa, teologi, etika, mantik, dan ilmu jiwa disamping memperdalam lagi ilmu fiqh dan hadis.

Kitab-Kitab

Menurut anak beliau, Abu Rafi'i al-Fadl bapanya mengarang lebih dari 400 buah kitab. Kitab beliau yang terkenal ialah al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam (Kitab Usul Fiqh), al-Muhalla (ilmu fiqh), dan Tauq al-Hamamah (Di Bawah Naungan Cinta) yang didalamnya mengandungi puisi-puisi berkaitan cinta, kitab ini bukan hanya dibaca oleh umat Islam malah mendapat perhatian dari kaum nasrani di eropah.

Konsep Cinta

Menurut Ibnu Hazm, cinta ini amat sukar dihuraikan tetapi beliau memberikan beberapa tanda tentang orang yang jatuh cinta:

1.Orang yang jatuh cinta akan sentiasa memandang orang yang dicintai.

2.Orang yang jatuh cinta sentiasa ingin berada dekat dengan kekasihnya.

3.Orang yang jatuh cinta akan gugup apabila melihat seseorang yang mirip wajah kekasihnya.

4.Orang yang jatuh cinta sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

Wafat

Ibn Hazm wafat di Manta Lisham pada 28 Syaban 456 Hijrah bertepatan pada tanggal 15 Ogos 1064 Masihi. Wafatnya Ibn Hazm cukup membuat masyarakat kala itu merasa kehilangan dan terharu malahan Khalifah Mansur, Khalifah kedua Bani Abbasiyah turut bersedih atas pemergiaan beliau.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi


LikeTweet

Comments

Popular posts from this blog

استغفرالله العظيم انه كان غفارا (ASTAGHFIRULOH HAL ADZIM INNAHU KAANA GHOFARARO)

Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9

Ilmu pembungkam