close button

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh: 

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
  • melegakan sakit hernia. (burut) 
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
  • meringankan bahagian pelvis. 
  • memberi dorongan supaya mudah tidur. 
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
  • mengurangkan kegemukan. 
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Kelebihan dan kebaikan meditasi didalam SOLAT:

  • Mengingati dan beribadat kepada pencipta kita.
  • Membaiki aura kita
  • Mengecaj kembali chakra kita
  • Pengaliran darah bertambah baik.
  • Tulang menjadi kuat.
  • Muka berseri
  • Badan lebih sihat

SILAT BATIN BAGI MENENTANG MENENTANG MAKHLUS HALUS, JIN DAN SYAITAN… 

Sesiapa yang ingin mempelajari SILAT BATIN ini harus mengikuti syarat-syarat berikut:

1) Ikhlas Dalam Beragama.

2) Takut Kepada Allah.

3) Tawakal & Jangan Ikut syaitan.

4) Sentiasa Berjamaah.

5) Zikir dan Doa. .

Syarat pertama;



Syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang.

 Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas." [al-Hijr 15:36-40]

Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain:
"Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas."

Syarat Kedua; 




Janganlah kita takut kepada syaitan tetapi takutlah kepada Allah:

Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

['Ali Imran 3:175]

Syarat Ketiga; 




Hendaklah menahan diri dari mengikuti syaitan. firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

[al-Nahl 16:99-100]

Syarat Keempat; 




Hendaklah kita semua bersatu sebagai umat Islam. Tidak ada yang difikirkan, tidak ada yang diusahakan, tidak ada yang ditujukan kesetiaan, tidak ada yang diberikan pembelaan, tidak ada yang ditumpahkan perasaan cinta dan akrab melainkan sesama umat Islam seluruhnya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
['Ali Imran 3:103]

Syarat Kelima; 




zikir, iaitu mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang disyari'atkannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[al-A'raaf 7:200-201][19]

JURUS SILAT BATIN UNTUK MENENTANG MAKHLUK HALUS, JIN DAN SYAITAN….
Jurus Pertama;
BISMILLAH




Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis yang bersumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya:
” Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebunya dan disimpannya di suatu tempat.Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencurinya, lalu Abu Usaid melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Jawab Nabi SAW, ” Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk mengganggu manusia. 
Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedatangannya, maka bacalah:
‘ BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM ‘
Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari lintang-pukang.

Jurus Ke Dua; 


TA’AWUZ

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
” Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[Al-A'raf: 200]
Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca
” A’UZU BILLAHI MINAS SYAITHAANIR RAJIM ”

Jurus Ke Tiga;

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya:
” Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas.”


Jurus Ke Empat;

AYAT KURSI 




Abul Qasim meriwayatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka’ab bahawa ayahnya ada bercerita mengenai setor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jau dari rumahnya. Setiap hari setor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi setor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuknya. Ia bertanya kepada haiwan itu, ” Apakah engkau manusia atau jin?” Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanya lagi, ” Mengapa engkau mencuri harta milikku?” Jawabnya, ” Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu.” Maka ditanyanya lagi, ” Apakah yang dapat menyelamat kan kami dari gangguanmu?” Jawab jin itu ” AYAT KURSI yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah ayat 255" Pada pagi harinya Ka’ab datang ke rumah Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah SAW membenarkan ucapan jin itu.Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya ‘ Al-Mustadrak’.

Jurus Ke Lima;

SURAH AL-BAQARAH


Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda:
” Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat.”

Jurus Ke Enam;
AKHIR SURAH AL-BAQARAH


Membaca akhir Surah Al-baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:
Daripada Ibnu Mas’ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
” Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir SURAH Al-BAQARAH pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi.”
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

” Sesunguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayatyang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah ‘Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat.”

Jurus Ke Tujuh;

AYAT ‘ HAMIM ‘ AL-MUKMIN


At-Tirmizi meriwayatkan baripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
” Barangsiapa membaca SURAH – HAMIM AL-MUKMIN sehingga kalimat ‘ ILAIHI MASHIR’ dan AYAT KURSI pada waktu pagi maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi.”

Jurus Ke Lapan;
ZIKIR


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
” Barangsiapa membaca ” LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIR ”
sebanyak SERATUS KALI, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan SEPULUH HAMBA dan ditulis baginya SERATUS KEBAJIKAN dan dihapuskan baginya SERATUS KEBURUKAN serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang.”

Jurus Ke Sembilan;
MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG DAN SOLAT




Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW”
” Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang. ”
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutama air sembahyang…

IJAZAH SECARA BATIN; 



Dengan Kalimah ‘ BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM ‘ Saya Ijazahkan ILMU SILAT BATIN ini kepada sesiapa Muslimin dan Muslimat yang ingin mengamalkannya bagi menentang makhluk halus, Jin dan Syaitan kerana Allah Taala… beserta dengan Syarat-syaratnya sekali.

Mahaguru Samson



Jika Mengalami Masalah Kesihatan…. Lakukanlah Rawatan Secara Rukyah Seperti Berikut;


Demam – baca surah Al ankabuut

Sakit kepala – baca 3 ali surah Al-Waqiah ayat 19

Penyakit jantung – Surah Ar-Ra’du ayat 28

Memberhentian darah luka – baca 3 kali Surah Al-lahab

Apa2 sahaja penyakit datang dari perut – Surah Luqman

Gigitan binatang berbisa -baca 7 kali Surah As-syura ayat 130


7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI”

(1). Memperbanyak Membaca "La hawla Wala Quwwata Illa billah "


(2). Membaca " La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin"

(3). Membanyakan Ber-Istighfar

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas)

(5). Membaca Surat Al-Waqiah

(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi


(7). Membaca Subhanallah
wabihamdihi Subhanallahil adziim

Jika sedang mengalami kesakitan pada sebahagian anggota  tubuh, maka hendaklah lakukan seperti berikut;


Letakkan tangan pada tubuh yang terasa sakit, dan bacalah: "Bismillaah tiga kali, lalu bacalah tujuh kali:


أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.


(A’udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir) 


“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti.”

[HR. Muslim]



Jika anda sedang keseorangan, kesepian dan meras takut pada sesuatu, maka bacalah doa ini…..

 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku)." (HR. Abu Dawud 4/12, Shahih At-Tirmidzi 3/171)



 Rawatan secara bacaan ruqyah; ayat al Quran dan selawat


” Bacakan dibelakang ibu jari dua tangan: SURAH QAFF ayat 22 sebanyak 7 kali dengan diselangselikan dengan selawat kepada nabi saw setiap kali bacaan ayat tersebut.

Kemudian tiup di jari dan cium kedua2 belakang jari tersebut dan disapu ke dua2 mata pesakit.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

LikeTweet


diambil dari rawatanhikmah.blogspot.com
Elak Kecurian / Rumah Dimasuki Pencuri
Bismillahi Fikanazilah, Bismillahi min kanazilah...
baca sebanyak 3X.

Dibaca sambil memegang yg hendak diniatkan.

satu lagi adalah mentera lama..

Ah Kunci Mah Kunci
Terbuka Terkunci Sendi Selerang Umat Muhammad Itu
Kabul Allah, Kabul Muhammad, Kabul Baginda Rasullullah

Untuk Membuka yang telah dikunci

Ah Kunci Mah Kunci
Terbuka Sendi Selerang Umat Muhammad Itu Kepadaku
Kabul Allah, Kabul Muhammad, Kabul Baginda Rasullullah

Boleh juga dikunci
Otak Benak
Urat Rantai

 
  • close button


    Rishhana

    wah saudara mokhaini macam ambil kebatinan jeR?

    ada orang cakap..
    ada tiga jenis cabang ILMU.

    1.ketuhanan
    2.perubatan
    3.kebatinan.

    ambil kebatinan kita tak dapat perubatan dan ketuhanan
    ambil perubatan kita dapat kebatinan tapi tidak dapat ketuhanan.
    ambil ketuhanan kita dapat ketiga ketiga sekali..

    maaf jika saya salah tafsir saudara dari bahagian mana..coz saya nie b0d0 h,b4ng4ng,hina,t0l01 dan b0d0 h sombong ..moga Allah tunjukkanlah saya jalan yg benar iaitu jalan mengembalikan rahsia rahsiaNYA..moga saya dapat CINTA SEJATI..ceh cam lagu SEJATI nyanyian wings...

    HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM....saya masih jauh.......jauh sangatnya 'JAUH'

    mokhaini

    Dah jadi panas forum ni ... dah tak payah nak panjang-panjang cerita gaduh sana sini. Siapa yang percaya, amalkan, siapa yang tak percaya, JANGAN AMAL. Cakap org syirik le, berkawan degan jin dan setan ler dan sewaktu dengannya.

    Kita sambung terus .... sekiranya ada lagi panduan dan amalan yang boleh dimanfaatkan bersama. silalah kemukakan. Juga diminta agara ayat-ayat tu biarlah yang ada AL-QURAN serta diletakkan nama surah serta ayat agar senang nak mendownload potongan ayat tersebut supaya tidak tersilap baca.

    disini, aku bagi lagi beberapa amalan yg mingkin berguna.

    1) ayat membatalkan sihir

    dibaca pada bekas air untuk dimandikan dan dibuat minum pada org yg terkena sihir

    ayatnya adalah

    surah Al'araf ayat 118 - 122 dan juga surah Thaha ayat 69. 7X pada bekas air tadi dan disiram dan minum pada org yg terkena sihir. ni aku ikut tok guru aku ubat org.
  • Sila Kunjungi

    marzuki0202

    Originally Posted by kitaboleh
    karut ilmu ini. buktinya mana ada orang melayu pengamal ilmu ghaib boleh jumpa bush atau shorun tempeleng kepala mereka ? masa penjajah ingeris dan jepun dulu kenapa tak guna ilmu ghaib ini ?

    Kalo ko tak caye takpela, tread ni pun untuk org yg percaya dan bkongsi ilmu ghaib jer. Ko jgn lupa pahlawan melayu kita yg berusaha menentang penjajah dulu untuk kita semua, mat kilau, tok janggut dan lain2, takkan tak baca kitab karangan mereka yg banyak jual kt kedai kot.. Coba ko cari kitab pagar hikmat karangan tok janggut. Tengok isi kandungan nya. Sume tu ilmu ghaib tuh. Siap dia ijazahkan lagi untuk generasi skrg amal kan..diaorg tu sayang kt kita sume, sb tu lah diperturunkan ilmu kepada kita semua...sanggup tulis ilmu tu dalam kitab daripada terus terkubur bsama jasad mereka.

    gambate


    peringatan kepada saudara saudaraku sekalian..apa jua amalan mentera ..jawa ker..siam ker..melayuu ker..arab ker..hendaklah diketahui maknanya..jangan amalkan mentera yang anda sendiri tak tahu apa yang anda amalkan..kelak merana diri dan menyesal kemudian hari kerana syirik ..puasa ..solat ..sedekah jariah semua kensel ..tak cium bau syurga lak tuh selamanya..saya hanya memberi peringatan ..kepada diri saya dan anda semua