Fadilat Ayat 4

Mengamalkan semua ayat ini setiap selesai solat adalah suatu yang menarik hati iaitu dengan cara
mendekatkan kita kepada Allah Maha Pencipta lalu Allah melindungi kita dari bala, bencana, kezaliman dan kemiskinan. Boleh juga dijadikan doa harian selepas solat, boleh juga dijadikan zikir.

Rahsia Ayat 4

Ayat ini amat popular dengan istilah ayat parang terbang, bedah batin dan zikir pendinding dari sihir.
Mari kita semak apakah fadilat setiap satu ayatnya.
1. Tasbih Yunus (Al-Anbia:87)

Juga dikenali sebagai Tasbih Yunus. Doa Nabi Yunus a.a. didengar Allah, ia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai. Sayid Muhammad an-Nazili Rahimanullah Taala mengatakan ;"Mengajarkan kepadaku seorang guru Thariqah khasiat ayat tersebut:
Barangsiapa yg terdesak memerlukan utk mendapatkan sesuatu atau menolak sesuatu mak dibacanya
ayat tersebut (41x) tidak kurang tidak lebih dan ditengah pembacaan tidak terganggu,dibacanya secara amalan sesudah solat siubuh dalam waktu 40 hari,maka dia akan dapatkan keberhasilan apa yg dihajati/dinginkan atau apa yg ditolaknya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yg bermaksud " barangsiapa terdesak satu keperluan maka
berwuduklah sebaik-baiknya, juga melakukan sunat-sunat wudhuk, lalu sembahyang dua rakaat dan
salam, selesai sembahyang maka bersujudlah dan di dalam sujud itu bacalah (doa tersebut) Lalu berdoa sesudah sujud tersebut, maka Allah akan mengabulkan doanya.

2. Doa Hindari Kepahitan (Yusuf:21)

Dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. dan akan terhindar dari kepahitan dan
kesukaran hidup.

3. Doa Asif Barkhiya

Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat. Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf. Niat beliau telah disokong oleh ahli tasawuf. Doa Asif Barkhiya adalah singkatan dari Doa Jama' Ism Allah Al-Izham)

4. Asma Allah

Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang
membawa maksud Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Akan dikurniakan kesihatan
anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.
Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang
engkau ingini”.

Comments

Popular posts from this blog

Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9

استغفرالله العظيم انه كان غفارا (ASTAGHFIRULOH HAL ADZIM INNAHU KAANA GHOFARARO)

Ilmu pembungkam