Posts

Showing posts from December, 2010

Sesuatu yang dikehendaki Dapat : Kitab Mat Kilau

Image
Jawi Ke Rumi Sesuatu yang dikehendaki dapat: Ayat di bawah ini sangat besar fadhilatnya, sesiapa yang membaca ayat ini tujuh kali InsyaAllah akan diperkenankan Allah apa-apa yang di minta.. inilah ayatnya.. ni dikenali sebagai amalan laqad jaakum..

Penggerun Pandangan Seteru : Kitab Mat Kilau

Image
Dari jawi ke Rumi Penggerun pandangan Seteru Cara menggunakannya hendaklah kita bayangkan lam alif itu melingkungi hidung kita dan kedua kaki lam itu naik keatas kedua-dua belah kening kita, seteleh itu kita bayangkan cahaya lam itu menjadi kuning seperti emas yang baru disepuh kemudian bayangkan pula alif itu seolah nampak di dahi kita dan juga kalimah Allah nampak lengkap dengan sabdunya sekali, setelah itu kita bayangkan diri kita seolah-olah kita berada dalam linkungan lam dan alif, dan alifnya seolah-olah di depan kita

Fadilat Ayat 4

Mengamalkan semua ayat ini setiap selesai solat adalah suatu yang menarik hati iaitu dengan cara mendekatkan kita kepada Allah Maha Pencipta lalu Allah melindungi kita dari bala, bencana, kezaliman dan kemiskinan. Boleh juga dijadikan doa harian selepas solat, boleh juga dijadikan zikir. Rahsia Ayat 4 Ayat ini amat popular dengan istilah ayat parang terbang, bedah batin dan zikir pendinding dari sihir. Mari kita semak apakah fadilat setiap satu ayatnya. 1. Tasbih Yunus (Al-Anbia:87) Juga dikenali sebagai Tasbih Yunus. Doa Nabi Yunus a.a. didengar Allah, ia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai. Sayid Muhammad an-Nazili Rahimanullah Taala mengatakan ;"Mengajarkan kepadaku seorang guru Thariqah khasiat ayat tersebut: Barangsiapa yg terdesak memerlukan utk mendapatkan sesuatu atau menolak sesuatu mak dibacanya ayat tersebut (41x) tidak kurang tidak lebih dan ditengah pembacaan tidak terganggu,dibacanya secara amalan sesudah solat siubuh dalam waktu 40 hari

Maqam Zikir

Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah); bermula segala orang yang Zikir itu atas lima martabat. * Pertama – Yang dizikir dengan lisan tiada dengan Qalbi. * Kedua – Yang dizikir dengan Qalbi tiada dengan Lisan. * Ketiga – Yang zikir dengan Aqal. * Keempat – Yang zikir dengan Sir * Kelima – Yang Zikir dengan Mazkur. Firman Allah yang bermaksud; “Dan tiada yang demikian itu atas Allah Taala sukar” dengan KuatNya dan KuasaNya yang tiada terhenti pekerjaanNya atas sesuatu kerana Ia jua * Yang Ghoni(Memiliki Kekayaan) lagi Karim(Pemurah); * Yang Menganugerahi barang yang diKehendakiNya; * dan tiada yang menegahkan dalam QudratNya * dan tiada yang jauh daripada KaramNya. Hanyasanya atas hamba itu Asbab dan atas Allah Yang Membukakan “bab” (pintu kurniaNya). Dan yang demikian itu(Lima Martabat Zikir di atas) bagi mengisbatkan(menyabitkan) Hikmah dan Zhuhur(kenyataan) Ubudiyah(Kehambaan) dengan Ibadat. * Dan tiada ibadat melainkan dengan Fadhol(limpah kurnia)Nya; * dan t

Kitab Tajul Muluk - Pakaian Raja-Raja(Gambar sahaja)

Image
den tertanyo-tanyo pado kenalan den.. dulu diyo ado sobut kitab lamo kepunyaan orang tuo diyo.. den pun semangat nak tengok.. den pun poei.. hoh.. tajul muluk ghuponyo.. den terus tangkap gambar buek konangan.. den ingatkan senjato hikmat oleh tok janggut.... kalo tak reti nak baco.. den sarankan ekau poei belaja jawi asas.. mungkin macam budok skolah jo.. cam den.. ado asas.. den blaja skolah agamo takat darjah duo.. tersenguk-sengok den nak baco.. last-last mintak tolong sorang kakak tu.. diyo tolong bacokan hahaha den solitkan sedikit 'isi' kandungan tajul muluk.. guno kanta la yo.. tak paham.. tanyo orang tuo-tuo.. jangan tanyo kawan ekau.. den tanyo abah angkat den.. tontang tajul muluk.. diyo kato.. kalo tak faham tak yah baco.. nak cari guru.. cari yang ghoti baco.. ghoti hurai.. setakat baco bulat-bulat pastu tak ghoti huraikan..  tak payah ajolah..  Hoh.. guno kanta la nampok gayo hahahaha.. den nak selongkar kitab lamo kek umah bapak den pehni.. doakan den jumpo .